Wednesday 9 October 2013

Sambal Udang Konfem Sedap



Assalammualaikum. 

Entry kali ini Cip nak dedaksi khas buat adik adik perempuan Cip. Depa suka makan sambal. Tapi masih tak reti lagi nak masak lagu mana. Alaa Cip dulu pun bukan reti masa baya umoq depa. Dah tua tua ni saja baru reti sebab praktik banyak kali. 

Okay korang.. Lepas ni rajin rajin la selalu masak sambal. Sambal udang nih mmg sedap sungguh sampaikan ga,abr dah siap lupe nak ambik. redho je la gune daya imaginasi. Akak tulis dalam blog semata mata nak Ekin and Yana mampu masak sambal pulak lepas ni. Ye la korang sendiri nak makan kan. Bila dah selalu buat, baru terer. Akak takde kat sana nak tunjuk ajar. Jadi korang kene la usaha sendiri. Alright?!! Okay jom mula..

BAHAN:

Udang yang telah disiang
Planta
Gula Melaka (boleh guna gula biasa, gula kabung dan yang sewaktu dgnnya. Tapi percaya lah. Ini antara bende essential nak bg sambal tu sedap.)
Minyak

Untuk sambal:-

Bawang merah (Bawang kecik pun boleh)
Bawang putih
Sedikit Ikan bilis (Boleh nak gune serbuk ikan bilis tapi mungkin kene masuk kan bila sambal dah masak dan garing.)
Cili Kering yang telah direbus dan ditoskan airnya.


Main ingredient untuk sambal paste.
1. Boleh kisarkan atau blend semua barang barang diatas sampai lumat. Kalau ikut nenek, dia akan make sure biji cili pun hancur sekali. So itu yang korang kene pantau. Blend sampai biji cili tu taknampak lagi dah. Boleh sakit apendiks asyik makan biji cili aje.


2. Panas kan kuali kemudian cairkan planta dalam kuali tadi. Kene agak agak lah berapa banyak planta korang nak gune. Yang ni akak pakai dalam sesudu besar aje untuk goreng udang yg telah disiang kepala serta sedikit kulitnya. Tinggai Ekor dia je. Senang nak makan.


3.Gorengkan udang tadi. Nampak isi dia dah kemerah merahan gitu boleh diangkat letak tepi sekejap. Now boleh proceed dgn sambal pulak.

Mmg lepas siang udang ni sikit je nampak..


4. Lepas goreng udang tadi, guneje  kuali tu. Tuang minyak dan biarkan sampai betul betul panas. Selalunya akak ikut berapa banyak cabai blend tu. Akak agak agak banyak tu jugak minyak akak gune. Dont worry at the end if kata minyak terlalu banyak boleh kaut dengan sudu atau senduk nanti. Minyak banyak supaya lebih cepat sambal tu masak. Tapi jangan lah letak minyak tu as if macam nak buat goreng pisang pulak.


5. Bila konfem minyak dah panas, boleh taruk cili blend tu tadi. Yang ni api besar pun takpe. tapi jangan ditinggalkan. Kang melekat pulak sambal tu dekat kuali. Kacau kacau kan agak agak mcm nak melekat. Aim kite nak bagi minyak tu naik okeyh.


6.  Usually mmg akan ada cili lebih kan dalam blender tu. Ish sayang nak buang. takpe letak air sikit. boleh campurkan dalam sambal yg tengah digoreng td. Dengan syarat minyak dah naik baru boleh campurkan.


7. Bila minyak dah naik, campurkan cili blend yang balance tadi tu. boleh perlahankan api. Api kecik lagi bagus. Sambal ni tak leh masak cepat cepat. Dia tak cukup matang and rasa dia pun tak umph. So bior je la perlahan dia masak. Sekali sekala pi kat kuali tu kacau kacau supaya takdak cabai yg melekat kat dasar kuali tu.


8. Ni la gula kabung ke melaka ke. Bila dah naik minyak and nampak sambal dah tukar warna, boleh la letak ni dalam kualai. tak yah hancurkan pun takpe. tapi jangan la masuk besar besar. Yang ni akak masukkan suku je. If takdak, masukkan je gula biasa tu. tapi hati hati. jgn masukkan sekali banyak. sikit sikit kang over pulak jadik manis. 

So kesimpulannya disini, bila sambal tadi tu dah bertukar warna jadi maroon macam tu, minyak pun dah naik, boleh la start perasakan dengan garam jika mau. Buat sikit sikit. Campurkan udang yang digoreng dengan planta tadi. Kacau kacau dan rasa. Ikot selera tekak tak? Kalau boleh biar la Sambal tu lama atas api yang perlahan tadi. Dah yakin bebenor sambal tu dah masak baru masukkan udang. dan perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Adjust bagi ikut sesedap rasa tekak korang. 

Sorry la akak seriously terlupa sangat nak tangkap gambar sambal tu bila dah siap. Dah masuk dalam perut dah pun. Terlalu lapar tak teringat nak klik klik. 

Akak harap korabng leh buat dah lepas ni. Good luck Ekin! Good luck Yana!

Anda di luar sana pun sekiranya sudah mencuba boleh la tag Cip. Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. Ha ah sedap kakjun. Tp sedang tang hidung je la. Takleh makan bnyk bnyk. Ai loya. Rahsia sambal udang sedap bila grg dgn planta and campurkan ikan bilis or udang kering. Konfem sedap.

    ReplyDelete

Macam mana pendapat uolss?