Wednesday 20 August 2014

Rindunya

Selamat pagi..

Ape yang rindu?
Rindu nak menulis. Mana nak ada masa duduk depan komputer ni menulis. Bila ada masa terluang tu perlu buat perkara lain yang lebih menjadi keutamaan. 

Mula mula tak rajin nak menulis sebab terlalu banyak nak 'put into words' cuma tak tahu dimana nak mula. Jadinya, tak menulis la apa apa. Betul betul bukan ada sapa nak baca ye dak? Salah lah.. menulis bukan untuk ORANG lain baca.. Tapi lebih kepada kepouasan diri sendiri. Masa sekolah dulu kan belajar Bahasa Malaysia kene buat karangan bagai. Jadinya, sampai ke besar la kengkadang tu nak buat karangan. Kalau ada yang membaca tu, tak dek masalah pun. Baca je la. Pokoknya, menulis bukan untuk orang lain.. 

Cip kene lebih pandai uruskan masa la.. hurmm.. 

Thursday 3 July 2014

It has been awhile

Memang banyak yang nak dikongsikan since the last post lagi.. Untuk duduk dan menaip seperti dulu bukan lagi satu kemewahan untuk Cip. Ada sahaja halangan nya dimana mana.. Bila sudah ada masa, tiada pula idea atau ayat ayat kreatif yang keluar dari benak ini. Semuanya straight to the point. Keletihan barangkali dengan tugasan harian seorang suri rumah tangga yang menguruskan suami dan tiga orang anaknya. 

Memang teringin nak kongsi kan pengalaman bersalin kan seorang puteri pada bulan Mac lepas.. Selain daripada itu Cip juga nak kongsikan juga pengalaman pertama menggunakan cloth diapers kepada Ian. Mungkin Cip boleh bagi tips-tips kepada ibu ibu diluar sana yang ingin menukarkan lampin pakai buang kepada lampin yang boleh dibasuh ini.. Insya Allah.. Moga diberikan kelapangan untuk menulis lagi.. Amiinn