Wednesday 20 August 2014

Rindunya

Selamat pagi..

Ape yang rindu?
Rindu nak menulis. Mana nak ada masa duduk depan komputer ni menulis. Bila ada masa terluang tu perlu buat perkara lain yang lebih menjadi keutamaan. 

Mula mula tak rajin nak menulis sebab terlalu banyak nak 'put into words' cuma tak tahu dimana nak mula. Jadinya, tak menulis la apa apa. Betul betul bukan ada sapa nak baca ye dak? Salah lah.. menulis bukan untuk ORANG lain baca.. Tapi lebih kepada kepouasan diri sendiri. Masa sekolah dulu kan belajar Bahasa Malaysia kene buat karangan bagai. Jadinya, sampai ke besar la kengkadang tu nak buat karangan. Kalau ada yang membaca tu, tak dek masalah pun. Baca je la. Pokoknya, menulis bukan untuk orang lain.. 

Cip kene lebih pandai uruskan masa la.. hurmm.. 

Thursday 3 July 2014

It has been awhile

Memang banyak yang nak dikongsikan since the last post lagi.. Untuk duduk dan menaip seperti dulu bukan lagi satu kemewahan untuk Cip. Ada sahaja halangan nya dimana mana.. Bila sudah ada masa, tiada pula idea atau ayat ayat kreatif yang keluar dari benak ini. Semuanya straight to the point. Keletihan barangkali dengan tugasan harian seorang suri rumah tangga yang menguruskan suami dan tiga orang anaknya. 

Memang teringin nak kongsi kan pengalaman bersalin kan seorang puteri pada bulan Mac lepas.. Selain daripada itu Cip juga nak kongsikan juga pengalaman pertama menggunakan cloth diapers kepada Ian. Mungkin Cip boleh bagi tips-tips kepada ibu ibu diluar sana yang ingin menukarkan lampin pakai buang kepada lampin yang boleh dibasuh ini.. Insya Allah.. Moga diberikan kelapangan untuk menulis lagi.. Amiinn

Friday 11 October 2013

Nap

Bismillahirrahmanirrahim..

I am so pleased. Senang je Farhad melelapkan mata tengah hari ni. Seronok seronok seronok. No fuss at all. Cip tengah baring baring sambil dia layan kartun dekat  disney jr. Macam biasa dia akan memanjat la atas Cip. Kadang rasa mcm seesaw. Kadang tu mcm gelungsur pun ada dibuatnya kita ni. Duduk atas perut la. Tapi tgh hari td bila dia datang dan menepek sebelah Cip, sambil mata dia masih melekat kat tv tu, Cip pejam je mata. Ada jugak dia kacau. Tampar tampar pipi, korek korek hidung la, mulut la, cubit cubit pipi (terasa macam baby pun ada). Cip tekad pejam je mata buat tak tau. Pastu Cip igt dia ghalit tgk tv rupenye dah hanyuuttt.. Tido jugak akhirnya. Victory!!!

*Then Nde angkat awak masuk buai.

The End.

Wednesday 9 October 2013

Sambal Udang Konfem Sedap



Assalammualaikum. 

Entry kali ini Cip nak dedaksi khas buat adik adik perempuan Cip. Depa suka makan sambal. Tapi masih tak reti lagi nak masak lagu mana. Alaa Cip dulu pun bukan reti masa baya umoq depa. Dah tua tua ni saja baru reti sebab praktik banyak kali. 

Okay korang.. Lepas ni rajin rajin la selalu masak sambal. Sambal udang nih mmg sedap sungguh sampaikan ga,abr dah siap lupe nak ambik. redho je la gune daya imaginasi. Akak tulis dalam blog semata mata nak Ekin and Yana mampu masak sambal pulak lepas ni. Ye la korang sendiri nak makan kan. Bila dah selalu buat, baru terer. Akak takde kat sana nak tunjuk ajar. Jadi korang kene la usaha sendiri. Alright?!! Okay jom mula..

BAHAN:

Udang yang telah disiang
Planta
Gula Melaka (boleh guna gula biasa, gula kabung dan yang sewaktu dgnnya. Tapi percaya lah. Ini antara bende essential nak bg sambal tu sedap.)
Minyak

Untuk sambal:-

Bawang merah (Bawang kecik pun boleh)
Bawang putih
Sedikit Ikan bilis (Boleh nak gune serbuk ikan bilis tapi mungkin kene masuk kan bila sambal dah masak dan garing.)
Cili Kering yang telah direbus dan ditoskan airnya.


Main ingredient untuk sambal paste.
1. Boleh kisarkan atau blend semua barang barang diatas sampai lumat. Kalau ikut nenek, dia akan make sure biji cili pun hancur sekali. So itu yang korang kene pantau. Blend sampai biji cili tu taknampak lagi dah. Boleh sakit apendiks asyik makan biji cili aje.


2. Panas kan kuali kemudian cairkan planta dalam kuali tadi. Kene agak agak lah berapa banyak planta korang nak gune. Yang ni akak pakai dalam sesudu besar aje untuk goreng udang yg telah disiang kepala serta sedikit kulitnya. Tinggai Ekor dia je. Senang nak makan.


3.Gorengkan udang tadi. Nampak isi dia dah kemerah merahan gitu boleh diangkat letak tepi sekejap. Now boleh proceed dgn sambal pulak.

Mmg lepas siang udang ni sikit je nampak..


4. Lepas goreng udang tadi, guneje  kuali tu. Tuang minyak dan biarkan sampai betul betul panas. Selalunya akak ikut berapa banyak cabai blend tu. Akak agak agak banyak tu jugak minyak akak gune. Dont worry at the end if kata minyak terlalu banyak boleh kaut dengan sudu atau senduk nanti. Minyak banyak supaya lebih cepat sambal tu masak. Tapi jangan lah letak minyak tu as if macam nak buat goreng pisang pulak.


5. Bila konfem minyak dah panas, boleh taruk cili blend tu tadi. Yang ni api besar pun takpe. tapi jangan ditinggalkan. Kang melekat pulak sambal tu dekat kuali. Kacau kacau kan agak agak mcm nak melekat. Aim kite nak bagi minyak tu naik okeyh.


6.  Usually mmg akan ada cili lebih kan dalam blender tu. Ish sayang nak buang. takpe letak air sikit. boleh campurkan dalam sambal yg tengah digoreng td. Dengan syarat minyak dah naik baru boleh campurkan.


7. Bila minyak dah naik, campurkan cili blend yang balance tadi tu. boleh perlahankan api. Api kecik lagi bagus. Sambal ni tak leh masak cepat cepat. Dia tak cukup matang and rasa dia pun tak umph. So bior je la perlahan dia masak. Sekali sekala pi kat kuali tu kacau kacau supaya takdak cabai yg melekat kat dasar kuali tu.


8. Ni la gula kabung ke melaka ke. Bila dah naik minyak and nampak sambal dah tukar warna, boleh la letak ni dalam kualai. tak yah hancurkan pun takpe. tapi jangan la masuk besar besar. Yang ni akak masukkan suku je. If takdak, masukkan je gula biasa tu. tapi hati hati. jgn masukkan sekali banyak. sikit sikit kang over pulak jadik manis. 

So kesimpulannya disini, bila sambal tadi tu dah bertukar warna jadi maroon macam tu, minyak pun dah naik, boleh la start perasakan dengan garam jika mau. Buat sikit sikit. Campurkan udang yang digoreng dengan planta tadi. Kacau kacau dan rasa. Ikot selera tekak tak? Kalau boleh biar la Sambal tu lama atas api yang perlahan tadi. Dah yakin bebenor sambal tu dah masak baru masukkan udang. dan perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Adjust bagi ikut sesedap rasa tekak korang. 

Sorry la akak seriously terlupa sangat nak tangkap gambar sambal tu bila dah siap. Dah masuk dalam perut dah pun. Terlalu lapar tak teringat nak klik klik. 

Akak harap korabng leh buat dah lepas ni. Good luck Ekin! Good luck Yana!

Anda di luar sana pun sekiranya sudah mencuba boleh la tag Cip. Selamat mencuba!!

Saturday 28 September 2013

Susu untuk ibu mengandung

Assalammualaikum
Cip baru pi checkup. Alhamdulillah dapat few free sample susu daripada Anmum, Enfama, Similac dan juga S26. Dapat botol shaker sekali. Wow.. Huhu.. Nak beli sendiri idok ler. Sebabnye Cip minum susu dutch lady sahaja. Yang fresh milk tu. Tak beli kot susu formula sbb kerisauan baby lahir besok besar. Dengan minum fresh milk insya Allah mungkin tak berapa manis. So far belum try minum susu kambing lagi. Lebih bagus dan lebih banyak khasiat utk baby.
MasyaAllah bila tgk baby gerak gerak walhal kite tak rasa pun lagi, was so amazing. Besarnya kuasa Allah. Allahuakhbar. I am so happy. Jantina masih belum diketahui. Tapi tekaan Cip will be baby boy la kot because gene boys sgt kuat dalam family husband Cip. So tekaan Cip, it will be a boy. Alamak tak surprise ye. Hehehe.. Takpelah. Teka je.. Doakan dipermudah semuanya. Insya Allah.

Thursday 26 September 2013

Egg Sandwich


Assalammualaikum. Cip nak share tips if nak toast roti tapi takdak butter or margerine. Boleh je gunekan mayonaise sebagai spread atas roti tu. It acts as a butter as well. Sedap pun sedap. Simple habis dah egg sandwich ni. Cip gune 3 biji telur campoq susu dutch lady sket. Masak dengan api yg perlahan sambil kacau teloq tu tanpa henti supaya teloq tu hancoq. Cip tak suke teloq tu kering sgt so just nice masak dia, Cip tutup api then Cip campoq sikit mayonaise dlm teloq tu. Kacau kacau. Then buleh letak telur tu between roti and toast kan atas non stick pan. Make sure side yg di toast tu dah di spreadkan mayo tadi. DONE!!

Saturday 21 September 2013

Jamu oh Jamu...

Assalammua'laikum.

Alhamdulillah dikurniakan lagi rezeki zuriat. Besarnya kuasa Allah kan?
Cip dan suami semestinya takdak plan pun. Go with the flow aje. Since Cip masih bf kan Farhad secara exclusive. Therefore, possibility untuk mengandung lagi tu rendah la sikit.

Plan untuk mendapatkan lebih extra tenaga dengan meng consume jamu ibu mertua Cip sendiri. Sambil duk rekemen kat kawan-kawan serta adik beradik, Cip pun makan ler sekali. Tak banyak pun. Dua biji pagi dan dua biji di sebelah petang. Sebelum makan. Cip start makan just before puasa hari tu. Bila hari raya melawat sanak saudara, ada yang negur dan bertanya sama ada Cip mengandung ke. Malunye sebab rasamya tak pregnant pun. Cuma perut naik ler kot sikti. ye la baru lepas puasa. Beraya makan aje ape yang ada kan..

Since dah ada yg menegur, Cip pun check ler. Sekali mmg ia ngandung lagi. Alhamdulillah. Doakan ye agar semuanya selamat dan berjalan lancar..



So far, mana kawan kawan yang terai jamu ni, termasuk lah Cip merupakan org ke lima yang mengandung..

Testimonial salah seorang kawan Cip. 

Semua atas kuasa Allah. Kalo rasa nak cuba, boleh la whatsapp / sms Cip ye di 012 5810 856. No ni mmg Cip guna khas utk sms dan whatsapp sahaja. Kalo call pun mmg tak akan dapat.



Nanti Cip buat post khas pulak untuk explain pasal jamu home made ni ya.. And yes jamu ni 100% herba.